My Secret Garden
~Sayonara 2011 ~ ( PART 1 )
Monday, December 26, 2011 | 7:36 PM | 0 comments
Baibai ^^


~السلام عليكم~
Hmm.. dah nak sampai dah penghujung tahun . Wahaha itu maknanya dah nak kembali ke sekolah balik. Heh , suka ada tak suka pun ada. Pepun, hidup mesti diteruskan ! (wah semangat tak?) hmm SAYA akan merindui tahun 2011 sebab lebih banyak kenangan manis daripada yang masam masin . SAYA gembira ! hohoho (buat gaya eksyenkamen) Okay lah kat sini SAYA nak ceritakan macammacam kenangan pahit manis masin masam tawar kelat ah semualah !

1 - SEKOLAH
Tahun 2011 SAYA dapat masuk kelas 2 Ibnu Kathir . mulamula memanglah rasa kechiwa dan menyesal ( menyesel gue ,menyesel ! ) Aih, masa tu lah asyik : WHY WHY WHY ? oh bila dah lama sikit, okaylah COOL ! Bebudak kelas SAYA pun ok je, takdelah yang kanibal. Bahahaha ~ Tapi yang paling SAYA tak suka acara tahunan : Merentas desa , Amal Islami dengan Hari Terbuka ( sign reportcard). Pergh SAYA paling alah dengan 3 benda ni . Hewhew :P Kalau merentas desa , kat garisan mula tu punyalah kata "Nanti kita lari sama-sama" Lepastu pengakhirannya amatlah mengecewakan. Haih~sukahatilah, aku malas nak lari . Ok , aku maafkan . Amal Islami : Tak tahu langsung nak masuk acara apa. Tapi tahun ni Alhamdulillah masuk acara debat Bahasa Melayu tapi kalah ler~ takde pengalaman lagi kate ko.. Hari Terbuka ? hmm faham-faham je lah norma kehidupan seorang pelajar~ Apa-apa pun , sekolah dah beri banyak kenangan manis buat SAYA :') Tsk tsk.
2- SUKAN
Seperti yang korang semua tahu , aku pun ada gak bersukan ni~ hehe ( puh-lease jangan pandang ku sebelah mata) Tahun ni , selepas 6 tahun mempelajari Taekwondo , pada awal bulan 12 ni aku dah terima dah BlackBelt (1st poom) tapi disebabkan SAYA punya umur tak cukup lagi, dapat talipinggang merah hitam. Tapi kira blackbelt jugalah~ phew .

Terima kasih Sir Shan ,Teacher Sue, Teacher Janice kerana :

1. Layan perangai SAYA yang suka berlakonsakit perut bila disuruh berlari satu dewan untuk
panaskan badan . Sir pernah kata : " kau ni pandai betul barlakon, macam P.Ramlee"
2.Faham sikap panas baran SAYA .
3. Encourage SAYA masuk tournament ini , tournament itu . ~padahal SAYA sentiasa kalah
sebelum berjuang ~ pernah SAYA menangis luar gelanggang sebelum dipanggil pengadil . (masa tu opponent merupakan wakil dari Kelantan , dorang suka main tomoi , LOL)
Sungguh, dah menangis puas puas , hati rasa senang . Dapat jugak SAYA bagi chopping kick
dekat muka lawan tu . PUAS !
4. kerana mengajar erti sabar dan 1Malaysia ~

kepada group DYNAMIC SHAN TAEKWONDO :
Terima kasih sebab dah jadi sebahagian daripada hidup SAYA . Korang semua memang sporting, trendy.. eh? hahaha abaikan trendy tuh~
Adik adik junior :
kita tahu korang memang baik hati dan cute gilos . Selalu kena puji , yang tak bestnya kitorang yang senior ni kena keji , wahahaha~ korang ni... nak kena betul lah !*dah bertukar menjadi pendera bersiri* kepada sesiapa yang pernah SAYA marah dulu , lebih-lebih lagi JOHN , ketahuilah SAYA bersuara demi semua orang . Ubahlah sikap kau yang suka menyakitkan hati orang . Sesungguhnya, biarlah peristiwa tu menjadi pengajaran buat kau .
Abang/Kakak senior termasuk kawan baik den , Neethiya dan Allysa :
3words : KORANG MEMANG TERBAIK !


p/s : sampai sini je part 1 . Sebab banyak lagi kenangan/penyesalan/pengajaran/wasiat yang nak aku ceritakan :)




Sekarang musim banjir kan..
Tuesday, November 29, 2011 | 1:45 AM | 0 comments



~السلام عليكم~
Hoit . Sekarang ni hujan je kan . Bersyukur je la dapat huj
an daripada memanjang je dapat sinaran matahari . ( eceh , selalu merungut gak bila mam
a suruh angkat baju dari ampaian sebab takut hujan turun

jap lagi ) hmm ~ cer tengok gambar ni

Banjir besar Kilang Honda di Thailand.

Semua kereta berlumpur
Ish ish ish
dari atas nampak lain kan ?

Kulit =.=
| 1:25 AM | 0 comments
~السلام عليكم~
yo yo yo hehe dah lama dah aku privatekan blog ni . Nak renovate le katekan~ disebabkan aku dah rasa malas nak buat header sendiri (eleh bukan ada orang puji pun~ sori gurau je) aku gunalah blogskin . Ia mudah , cepat dan cantik~ hahaha * gelak sambil naikkan mata keatas* meh aku bagi bukti kenapa ia mudah cepat dan cantik ~

1st : Cepat
yelah kalau korang ni dalam golongan yang sibuk , -alah macam aku ni - tapi masih nak blogging , blogskin ni mempercepatkan urusan korang kalau nak ubahsuai blog ke hape ke -yelah kalau orang yang mudah fedap macam aku ni-Gunalah blogskin, ia mempercepatkan kerja anda :)

2nd : Mudah
Mudah adalah satu benda yang tak susah . Ada faham ? Senang cerita , Mudah lawannya susah . Kerja korang kalau guna blogskin ini hanya main kod . Senang cerita tapi korang jangan la tukar credit tu . kecik hati orang yang siapkan kulit blog ni . huhuhu ~

3rd : Cantik
Kebanyakan blogskin yang ada semuanya cantikcantik belaka . Hehehe masa pilih tu rambang mato den . Macam pilih calon suami~ hahahaha :D

SO , ANY OBJECTION ? Angkat kening masingmasing .
Vader nak kertas warna . Please Ayah =_=
Thursday, October 6, 2011 | 1:31 AM | 0 comments


~السلام عليكم~
Hai dan selamat bertemu kembali . hehe zaman sekarang ni parody menjadi-jadi kankankan ? Heh , menjadi-jadi pun aku tetap setia tengok jugak . Bukan apa , rasa kelakar pulak bila kita dah tengok yang asli punya , and tetiba ada orang plak create lagi satu versi video/lagu/movie tu .

> enjoy your watching < Sebut saya suka parody kuat-kuat ( sori kalau ada kemahuan mahu menghentak aku kat meja) baibaibaibaibai ^^
Video berkesan untuk proses pembelajaran .
Tuesday, October 4, 2011 | 3:26 AM | 1 comments
~السلام عليكم~

Dah lama kan tak update blog ni kankankan ? Entah kenapa rasa rajin pulak nak update siap renovate blog pulak tu ='= < berkerutsepertisembelit Mwehehehe ye lah kan diberi kesempatan cuti ni kan . haha aku taknak lah jadi kacang melupakan kulit . Ish kesian Kacang bogel akibat tersilap letak baju .

Thanks ah form 3ians sebab beri kitorang form one dan form two cuti sebab korang periksa besar kan . Haha ~ *aku suka sebab dapat tidur lewat* Tapi cuti cuti pun takkan nak tinggalkan buku macam tu je , aduhai . Menangis tak berlagulah buku tu malam malam . Okay sesiapa yang rasa sangat malas nak baca buku yang nyata tu , boleh guna inisiatif yang sememangnya aku ikut .

Buka TV atau nama saitifiknya televisyenastoro < tv yang ada Astro

okay step two tekan nombor 601 jika anda bakal mengambil UPSR tahun hadapan .
Tekan 602 jika anda bakal mengambil PMR tahun hadapan dan 603 jika anda bakal mengambil SPM tahun hadapan .

ikut je tips yang disiarkan :) Insya-Allah berjaya .

Haha aku jumpa satu video yang menarik untuk aku kongsikan untuk korang :) tekan >sini< Khas untuk Form2 yang favourite subjectnya adalah Sains . Kreatif haha . Iras dengan Annoying orange . hehe lagu pun macam dah nak sama macam lagu Bebeh Justin Bibir yang gigi dia comel tu . Ingat ! tiada alasan untuk orang yang mahu berjaya :)

okay baibai ^-^V




Fesbuk buat aku bengong .
Saturday, July 23, 2011 | 8:49 AM | 2 comments

~السلام عليكم~

Haiii . kabare semua ? waras ke tak ni? okayokay aku bukan orang jawa . Makan mi jawa eh sedap jugak . ok la , dah lama jugak tak buat entry baru kan . bhahahaha ~ FYI , Ujian prestasi baru berakhir . ngahngah termengahmengah le aku baca buku . Peperiksaan Pertengahan Tahun aka PPT result 'agak tak memuaskan' atas sebabmusabab yang tak berapa nak masuk akal bagi aku. So , study smart campur hard jugak la ( amenda study smart ? esok peksa hari ni baru baca buku ) ok dinasihatkan jangan jadi macam saya :3 ditegaskan disini bahawa STUDY SMART . Sila abaikan study hard bagi BUdakbudak bawah umur 13 tahun ke atas . terima kasih .

Dah habis UP2 ni , apa lagi . rembat mouse lah . unlain (online) fesbuk . Hmm .. aku rasakan ada benda yang lain macam je ni . hahaha ~ demm . Chatbox fesbuk sudah jadi begini :


Kau tengok tu . Ada sampai hari tu aku chat dengan sorang minah ni . aku tunggu punya tunggu . Aik . tak jawab jawab pulak . Aisehmen . ruparupanya tak online daa . kekeliruan berlaku apabila nama dia disertakan sekali dalam kotak biru tersebut . ngahaha . tetapi jangan bimbang . masalah ini boleh diselesaikan . Tappi temporary je kot . Alasan hilang rindu . ngehngeh .
tekan je link bawah ni(make sure on fesbuk anda ye)


Insya-Allah berjaya ! >.<(Y)

.
.
.
.
.
.

Taraaaa !
*okay aku lupa perkataan berjaya dalam bahasa korea*

Berjaya-seyo ! baibaibai . sambil melambailambai gaya ShinChan :D
formspring.me
Wednesday, June 8, 2011 | 6:52 PM | 0 comments
Ask me anything. Don't just sit there :) http://formspring.me/AinEmika
3 minggu sudah ..
Saturday, May 28, 2011 | 2:49 AM | 0 comments

Hoi hoi . apa pandang pandang ? dah lama ke tak tengok Ain Emira nih ? ehehe . AGAK lama dah kot aku tak update blog . ehem ehem , bytheway.. Happy belated Teacher’s Day ! ohoho - tak terlambat lagi – mungkin . Iyalah , memang dah lama tak update blog ni . seminggu dah kot . woho . stop . 3 weeks !

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Hari Rabu hari tu , aku tiba tiba diserang sakit perut yang melampau . waduh waduh bagaimana nih ? sakit perut ni aku syak sakit perut sebab angin . eh kejap . bukan angin kentut yang aku telah hirup okeh . Aku terlambat makan kot. wuhuu . pantang aku makan lambat . Harharhar. so, petang tu terus aku demam. demm . adik aku langsung tak dengar cakap aku yang tengah kesakitan ni . fedap aku ada adik macam ni . hee~ sabo je lah < hantu kak limah balik rumah . keesokan harinya , aku tak datang sekolah . tapi aku nak pergi sebab ada exam KHB ngan Geo . tapi apakan daya , aku pun tak pergi .

Semalam , aku pergi sekolah sebab ada Sambutan Hari Guru . Hujan . Sejuk . Basah . Rahmat ~ en den aku pergi cari cikgu bersama Amal sebab aku nak buat exam yang telah aku tinggalkan . eceh . Cikgu kata buat lepas penyampaian hadiah . aku pun kata ok . Disini adalah sedikit gambar yang aku nak kongsikan :D


1.2.
3.
4.
5.
6.

7.

8.
9.
10.
11.

1. Cikgu KHB , Cikgu Huzaimah Omar . Sangat sweet yaw .

2. Cikgu Ahmad Khairul , Anugerah Guru Tegas . woho . SANGAT TEGAS ekceli.

3. Pengetua bersama Cikgu Rosnah ( agaknya la) dan Ustaz Norhisam yang tersenyum simpul .

4. Cikgu Hamimah , Anugerah Guru Kreatif . Ambil shot terbaik . eh eh , Ustaz MRO main batu seremban J

5. syok nampak .

6. Ustaz MRO lagi , menang tempat pertama main batu seremban . kihkih XD

7. Inche Cendawan dan hadiah untuk Ustaz Zahri ( guru kelas aku ) yang suka menyanyi .

8. Persembahan form 5

9. Ustaz MRO , Anugerah Guru Harapan .

10. Teacher Radhiah , cikgu sporting .

11. Ustaz Izwan , Cikgu Sains kelas 2 Ibnu Kathir . ehehe .

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

Hoho . Meriah gila walaupun hujan . well done bagi sesape yang menjayakan program ni . yang paling sengal , ada gerai minuman namanya “JOM SEDUT” what the ? Amal gelak tergolek . Aku tergolek golek macam ayam golek turun bukit.

Lepas tu , homemade cupcake yang amal buat fresh nak bagi cikgu sudah pun tergolek di dalam kotak pinknya disebabkan sorang makhluk yang tak reti jalan betul betul . Kesian betul aku tengok cupcake tu . Finally , aku yang makan kek tu . wahaha ~ marbeles . ada filling jem stroberi . walaweh . mantop !

Sudah la , aku dah sakit tangan la nak taip . esok esok kot aku update lagi . ye lah , cuti sekolah dah bermula ! Boleh la bertani dan menternak pig aku yang bernama bibi dan bobo kat Farmville . Atas usaha aku dan mama . wahahaha ~

Gambar ehsan : AIMAN 2(1)


Gula Gula
Friday, May 6, 2011 | 8:27 PM | 2 comments


~السلام عليكم~

Hai. Bertemu lagi kita ya kawan . hari ni online daripada awal pagi . hah . sangat seronok . haha . dah la , nak stret to the point. Okay okay . korang dah tahu kan kewujudan M-pop? Yang Gula Gula tu . ohh okay . Faham .

~ gula guli ~

~ ni yang kawan2 di facebook kata~

Siyes aku dengan mak aku gelak2 baca komen dorang.

Persaraan Puan Saadah :(
Thursday, May 5, 2011 | 1:18 AM | 0 comments
~السلام عليكم~
hmm . hari ni agak sedih la . hari ni nak lain daripada yang lain la . Hari ni guru Bahasa Melayu kelas kitorang dah pun bersara . haih , sedih sedih . even cikgu disiplin pun mengalirkan air mata , inikan pulak kami anak murid cikgu ? huu T.T ya lah , kami semua dah buat banyak dosa pada cikgu Saadah . Maafkan kami ya Cikgu :( sedih betul pagi tadi . Pantun pun sedih jugak . Sambil sambil tu , cikgu sempat menyanyi khas untuk kami . sayang cikgu .

Oleh itu cikgu , kami pun rasa tak berat hati bila nyanyikan lagu ni untuk cikgu . Sebab kami sayang cikgu . Kami tahu cikgu pun penat layan kami . Biarlah cikgu berehat :)


Selamat Tinggal Puan Saadah :( Terima kasih kerana membimbing kami .
Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
Takde maknanya COUPLE ISLAMIK , hahaha .
Wednesday, May 4, 2011 | 4:25 AM | 0 comments
~السلام عليكم~
hep hep . korang korang , nak tahu tak , aku ada boipren , tengok tengok , saya bergurau ! hehe . mane ada . kan , kan , kan ? hehe . tiba tiba plak nak buat entry ni . Aku rasakan benda yang aku nak kongsi ni menarik . lagi lagi orang yg sebaya dengan den ni ha .Note ni den dapat drpd kawan den , namanya Aiman . cubo le ekau ekau ni baco yo :

kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.


Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”


Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...


p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam..


ni cuma copy paste . Tapi memberi banyak pengajaran . Hmm . Bagus Muhammad ni .



Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
Cikgu Refill ...
Tuesday, May 3, 2011 | 4:20 AM | 0 comments
~السلام عليكم~
Ehem ehem ! haih ~ batuk pula hari ni . hehe , rajin kan hari ni update blog ? ~tengok tengok ! saya bergurau !~ haha . Dah pagi tadi kawan aku buat lawak , dah teringat ingat sampailah sekarang :)

ceritanya bermula begini .
Alkisah Hikayat Merong Mahawangsa . Al maklumlah baru je beberapa hari Putera William berkahwin dengan Kate Middleton . Kawan teman ni , cakap :
Eh , teringin la nak jumpa ..... William .
'saya' pun macam .. haa?
"Princess William" ohh great . Gelak gelak kitorang pagi tadi . lepas tu teringat plak kata kata sorang kawan teman ni . tak tahu la terjadi bila . Macam biasa , cikgu tak masuk lagi masa tu .
Datang sorang cikgu ni . hmm , cikgu relief la tu , desis hatiku . Ewahh ~ malumalu . Aik , 'saya' pelik , kenapalah makhluk tuhan paling seksi beriman ni gelak gelak ? bila ditanya barulah nak jawab .

" si A kata : Cikgu refill sampai "
" ohh.." 'saya' masih kebingungan . haha . masih tak sedau sedau lagi .Aik ? refill ?
HAHAHAHAHAHA ! ohh , lambat sangat . tak guna Opera Mini :)

hehe , bila ingat balik , gelak sorang sorang pun boleh . Jangan katakan gila sudah . ok. dah stuck la otak ni :) itu menandakan internet kata pergi , bilik air kata mari .


Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
Comel ke tak eh ?
Sunday, May 1, 2011 | 3:53 AM | 0 comments

Hehe . Hari ni dapat online . Hmm , dengan rasa dukacita , aku bukak Farmville . Hahahahahaha~great . pokok aku dah mati . Tinggal pokok plum dengan epal je yang selamat . huh , benci benci . Dah , aku malas nak main dah . Dah malas main Farmville , main Fishville pulak , geret < ini bukan typing error ok Aiman :) Ikan aku SEMBILAN ekor dah mati . Yang lain pulak , asyik nak dadah je . dadah a..k.a ubat . fedap aku , terus bersara bela ikan , tanam pokok , masa untuk berblogging :)

Ceh , sambil sambil tu aku tengok tv3 – Just For Variety –teater penguin . OMG , sumpah comel . en den aku tulis status aku macam ni – “ comel la penguin kat tv3 ni “ . Haha .


hehe Cik PRS Mok ni . haha ~ hee . ye lah yelah kau comel :) ikhlas ni .haha .


~السلام عليكم~Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
Farmville vs Fishville. Mana satu pilihanmu ?
Monday, April 25, 2011 | 2:12 AM | 1 comments

~السلام عليكم~

Hep hep . kiri kanan kiri kanan kiri kanan . cepat bersihkan sawang sawang yang menyemak kat sini , cepattt ! hmm , 'agak' kelamaan dah tak update blog ni . Ni pun dah bersemangat balik , sebab dah genap 100 followers . haha , sekarang ni dah malas nak berblogging , hari tu dah nak tulis post baru , tapi tergendala kejap . Hari ni , aku mahu balas dendam .

Okay okay . Cuti sekolah yang biasanya dua hari seminggu dah menjadi tiga hari minggu ni . Ohh , sungguh gembira . So , cuti sekolah yang bermula petang Jumaat hari tu , dah aku isi dengan pergi melencong melancong . Ehehe , pantai je . Ye lah , this week last kakak aku kat Klang , en den dia kena balik kampung untuk berkahwin . Fuhh , skema sungguh ayat . Terketar ketar aku baca balik .

Habis masa berharga aku ni dah dihabiskan untuk main Fishville dan Farmville . Hah , semua ville kalau boleh aku nak main . Cityville pun aku nak main . Aku ni selalu main game sekerat jalan je . Ha , contoh : Mafia Wars , Ninja Saga , It Girl . Aku rasa Amal je yang istiqamah main It Girl . Hahahahaha~~

Jom aku tunjuk ladang aku dan ladang kakak aku merangkap penasihat Farmville .



~ Ladangku yang daif~
~ladang kakakku yang kaya~

Bila dah bosan main farmville , jomlah main fishville pulaks . haha.
~Dylan(dolphin) yang menumpang ~

~ anak anakku bermain dengan suka riaaaa ~
Hehe , malas la , bai bai ^.^Y
Ikan saya sudah beranak , anda bila lagi ?
Friday, April 15, 2011 | 1:18 AM | 0 comments
~السلام عليكم~
hehe :) hari ni dapat update blog kejapss . Rindu rindu . Ok ok . sukacita dimaklumkan bahawa , tajuk diatas adalah gimik semata mata. Tiada yang benar melainkan yang benar benar belaka :) Eh , tapi betul la ikan aku dah beranak bertelur lagi . Tapi yang keluarnya seekor je ha . Mak aku kata " haa , bagusla , mati sekor , gantinya seekor je " hmm , tak cukup zat kot ikan tu . Ekceli , saya sungguh bosan pada petang yang indah ini . Yelah , drama yang kau minat sangat tu lagi setengah jam nak mula . Haih . Cepat la start .

Hmm , nampaknya followers blog ni tak bertambah pun . Yah ! kena berusaha lagi ! chaiyok chaiyok . Alamak , tergedik sudaa . Tengok , Beeha punya followers pun dah bertambah , malah jadi lebih glamour , bukan ikan gelama okayy . Dah la, kalau dibiarkan bertambah melalut la aku hari ni . suda mahu blah , bai bai .

"Hidup ni macam Farmville , tanam malas , hasilnya nak pulak "

Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
Maher Zain - Freedom
Wednesday, March 16, 2011 | 10:17 PM | 0 comments

~السلام عليكم~

Hoyeahh ! dapat jugak update blog ni lepas dua hari . Kehkeh ~ rindunya bucuk bucuk niJ korang dah dengar lagu Freedom by Maher Zain ? jom dengau dengau dulu .



hmm , aku memang minat gila lah lagu ni . haha , walaupun aku tak pergi konsert beliauu. *malumalu* Alah , apa beza kalu pergi dengan tak pergi kan ? haha .

oke . camne ? ok tak lagu ni ? ehem ehem , saya lah yang cipta lagu ni . haha . lepas ni , sila ambil autograf saya , ok .

ok . Mula mula aku dengar lagu ni TANPA tengok lirik . Hmm , biasa je .

seken , aku dengar tengok sama itu lirik . Fuhh . AGAK tersentuh la jugak . Meremang bulu roma . Dahsyat ! bak kata Nazmi : )

aku suka part yang ni :

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh

We're calling for freedom, fighting for freedom

We know you won’t let us fall oh

We know you're here with us



omaga , sangat menyentuh hati . Hei , aku tak tahu la korang macam mana . Ini pendapat aku la kan . hahahahahaha ~ ohh sangat meng-annoying-kan . hmm , nak pergi dah ni . cepat la amik autograf saya, kehkeh .

~السلام عليكم~Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
Pindah ?
Sunday, March 13, 2011 | 10:11 PM | 0 comments
pakcek google ,trimas !
~السلام عليكم~
hmm , buat masa sekaraang ni , aku sangat sibuk . yup , sibuk sangat atau sangat sibuk ( hah , buat pa la nak terbalik pun , sama je la ) ye la , sibuk nak buat header (ohh tu tarapapa la pasal ni ) , felt ( haha , tapi langsung takde idea. Ada siapa siapa nak bagi idea?) , nak edit blog sendiri ni .

jenuh la nak carik sume benda ni . lagi berapa bulan entah nak pindah rumah . Hmm , MUNGKIN AKAN PINDAH SEKOLAH JUGA . Haha .
Dari tadi aku nengok mak aku ralit gila search itu google . Wuargh . Aku tak sabau nak pindah rumah baru . Nak katil single , tak nak katil besau besau . susah nak kemas maa .aku bukan pemalas oke . tak cukup masa jer .

Hmm , beliau nak beli rumah kecik kecik ja . Sebab rumah sebelum ni :

  • sangat la luas , sampai adik aku nak pergi tandas pun nak berteman .
  • mandi ? jangan harap la nak sorang sorang . Adik aku punya pesen , selagi tak ada orang teman , jangan kata la . Sampai habis cuti pun tak mandi .
Tu je la sebabnya . mak aku bimbang beno haa nanti sampai ke beso nanti asyik nak berteman je . huh , rimas aku . Rumah yang bakal aku duduk nanti (ikut mak aku cakap la )
  • kau pusing kanan , dah nampak living room.
  • kau toleh kiri , dah nampak bilik ayaq .
  • kau pusing belakang , dah nampak bilik .
  • kau pusing punya pusing punya pusin 360 darjah , ko dah tak nampak apa dah . Nampak tingkap spital je la .
wargh , tak sabar aku . hei hei , tingkat sembilan ouh apartment tu . Habis , nanti kalau lif rosak ? ohhh tidakk ! tak kan la.... tangga ?huh . aku janji akan menjaga kemudahan awam ! kehkeh :)
okeh la , banyak kelija mau bikin . caucinbincau !

Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
Jom Tempah Header (!)
Saturday, March 12, 2011 | 3:56 AM | 0 comments

~السلام عليكم~
wahahaha , hari ni baru teringat nak bagitahu pasal ni . Haha . Nasib baik Beeha ada ingat kan aku . okeh okeh .

hmm , stret to da point je la k . haha , terpaksa copet daripada blog beeha . Tak sempat kot nak buat sendiri punya , haha . namanya pun nak cepat kan?

ok . kalau nak ?
  • korang bagi la gambar yang korang nak guna ,tapi jangan sarat sangat(sebabb nanti kalau korang nak transparent , amat rumit la kerjanya ) dekat FB aku > yang dekat menu tabs nuu haa . FB Beeha : klik SINI
  • Sila nyatakan sekali sama ada nak t'parent atau tidak .
  • Korang bagi la ayat apa yang korang nak kitorang tulis .
  • Beeha kata , kalau nak guna doodle , kena bagi kredit .
  • Bayaran : secara topup . Nanti kitorang bagi nombor . tapi tu bukan nombor kitorang , haha .(ye la , aku dengan dia mana ada phone . Internet sudah memadai )
  • haha , korang boleh pilih antara aku yakni pemilik blog ni ataupun Beeha sendiri . Ingat ! pilihan di tangan anda sendiri ! tiada unsur paksaan .
  • Url blog Beeha : klik SINI
Ni pulak untuk signature blog kau orang .Harga diatas yo .
kalau nak :
  • haha, kaedah nya macam kat atas la weh .
Felt .
sekarang ni tengah sibuk jahit felt . gambar ? hmm , next time jelah k . Sape2 nak tempah , jom la hantar tempahan tu kat fb aku . hahahahahahaha~~~

Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
kesengalan yang tak terhingga :)
Wednesday, March 9, 2011 | 12:10 AM | 1 comments

~السلام عليكم~
"Kerangupan yang mendebarkan ! "
watdehel , apa la yang aku mengarut ni kan , ni kan tagline biskut Apollo tu kan ? ye la kot . aku pun tak berapa nak sure pasal benda ni . Dah lama dah aku tak makan biskut tu . Hmm , macam biasa :

  • hari ni exam : B. Melayu , Feqah Tauhid dan P.Agama Islam .
  • hari ni amat sakai sekali .
  • bukan sekali , tapi lebih dari dua kali .
wargh , tiba tiba sakit perut sebelum exam bermula (gila , sape tak tensen ?) hmm , lagi tensen bila dah takde orang nak follow blog ni , kehkeh .

macam biasa , aku malas tahap gaban nak baca buku . Facebook boleh la . nama pun buka jugak ,la kan ? so , aku tanya la dekat Amal yang setia menanti aku ni :

Aku : weh , dah baca buku BM ? (hmm , apa la ngek aku ni , lagi 5 minit pekse nak mula)
Dia : belum . ( sambil tunjuk muka comeyy dia tu )
Aku : ohh . tape takpe . Kita kan orang melayu .

haha, macam orang gila je cara cakap tu . Apa , ingat zaman sekarang ni orang melayu dapat 'A' ke untuk subjek BM ? haha . memang la ada , tapi TAK SEMUA . ha , tengok .kadang2 aku pun boleh melalut lalut guna BM . Nasib baik tak terbabas cakap bahasa Urdu . Ampa semua nak ka ? haha~ even chinese pun boleh score A BM .

Hmm , by the way ~ mungkin aku akan buat blogshop bersama Beeha. Nama je biggest , tapi tuannya tak seperti nama tu pun . Haha~ Beeha ni memang rajin la buat buat header apa bagainye .Kaedah pembayaran pun aku tengah buntu nak fikir cook cook ni . Aku ni tak tahu la , sekejap rajin , sekejap tak . wahaha~ kalau korang prihatin , cuba teka , dah berapa bulan aku guna layout ni ? yalah yalah , nanti aku tukar la blog maniss masam ni ohh .

~insya-Allah , insya-Allah , insya-Allah ,ada jalannya ~.~


Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !
kan aku dah kata , berkawan lagi baiklah :)
Tuesday, March 8, 2011 | 12:25 AM | 0 comments
~السلام عليكم~

huh . selamat petang semua :( huaaaa , sedihnyaa . Paper Math tadi amat menyedihkan . huarghhh . rasa macam nak *(&^#*! je . bole la tahan susah . tapi ada la jugak senang .huh , pass dan rah . hmm , tak ape lah . okay lah , sedang aku duduk duduk mengenang nasib ni , teringat pulak kat sorang kawan aku neh . demo jangan ler tanye2 kawe lagi , demo mesti tak tahu punyo lah . ( haha , apa lah , sawan pengantin Amal merebak ) hmm , dulu aku pernah le gaduh (eh , salah faham lagi baik kott) okeh2 , salah faham . Hmm , memang kitorang gaduh hebat gila lah , sampai Hang Tuah , mati hidup balik nak redakan pun tak boleh (Y) . *fuhh , sungguh ke-hiper bola-an *

Time tengah sibuk menjeling jeling , memaki maki , mencarut carut ( huih ? ada ka ? tak da kot . sila lupakan ) aku mula rasakan bahawa benda tu langsung tak berfaedah . yup , memang tak de pekdah pun buat semua kerja bodoh tu . Baik kita baik baik kan ? hei , silalah angguk macam burung belatuk :)

benda benda yang aku jiwa kacau masa gaduh tu :

. nak ingat nombor telefon pun lupa :(
. url blog dia? hampehh . aku lupa .
. dekat facebook pulak ? hampehh , tak hengen nak bukak profile dia n then kalau aku ternampak status dia , aku terus hide kan post tu . Amacam , kering tak hati aku ?
. dekat sekolah , terasa nak rehat dengan dia , tapi .. Arghh , aku kan gaduh dengan kau . Mana
boleh lupakan perjanjian pergaduhan pada tarikh _ _/_ _ / 2010 tu ?
. Aku dah mula cemburu bila kau dah dapat kawan baru . Argh , lupakan . Sekejap lagi kau akan melutut depan aku . Haha~ malangnya , dia tak melutut pun , nak jumpa pun tidak .
. dah la , aku dah sedih , nthen aku amik keputusan untuk berbaik dengan dia semula , walaupun tu semua salah dia . urghh baru aku sedar , egonya aku .

haa~ tengok ? terseksa, kan ? lepas hati aku tak kering lagi dan kini sudaa basah , aku pun berbaik baik semula dengan dia . Alhamdulillah , sekarang aku dengan dia masih lagi bestfriend , walaupun dia dah tak sama sekolah dengan aku dan dia dah berpindah ke negeri lain . pepepun , apa yang teruk dan teribel dah jadi , haa . Lupakan je la .

Kau tengok ? Hidup aku lebih ceria bila dah berbaik baik dengan kawan yang dahulunya musuh aku .

p/s : buang yang keruh, ambil yang jernih . Doakan aku berjaya yeh :p

Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !

Older Post | Newer Post
ELLO ELLO !
Yo buddy . Im PMR 2012's victim (Y)


Signboard ~~

Owner Tales


Walkie Talkie

Shoutbox


Big Thanks
Skin By Cikin
Edited By Ain Emira
Welcome to my secret garden ! Follow me? | Dashboard
_________________________ I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys