My Secret Garden
~Sayonara 2011 ~ ( PART 1 )
Monday, December 26, 2011 | 7:36 PM | 0 comments
Baibai ^^


~السلام عليكم~
Hmm.. dah nak sampai dah penghujung tahun . Wahaha itu maknanya dah nak kembali ke sekolah balik. Heh , suka ada tak suka pun ada. Pepun, hidup mesti diteruskan ! (wah semangat tak?) hmm SAYA akan merindui tahun 2011 sebab lebih banyak kenangan manis daripada yang masam masin . SAYA gembira ! hohoho (buat gaya eksyenkamen) Okay lah kat sini SAYA nak ceritakan macammacam kenangan pahit manis masin masam tawar kelat ah semualah !

1 - SEKOLAH
Tahun 2011 SAYA dapat masuk kelas 2 Ibnu Kathir . mulamula memanglah rasa kechiwa dan menyesal ( menyesel gue ,menyesel ! ) Aih, masa tu lah asyik : WHY WHY WHY ? oh bila dah lama sikit, okaylah COOL ! Bebudak kelas SAYA pun ok je, takdelah yang kanibal. Bahahaha ~ Tapi yang paling SAYA tak suka acara tahunan : Merentas desa , Amal Islami dengan Hari Terbuka ( sign reportcard). Pergh SAYA paling alah dengan 3 benda ni . Hewhew :P Kalau merentas desa , kat garisan mula tu punyalah kata "Nanti kita lari sama-sama" Lepastu pengakhirannya amatlah mengecewakan. Haih~sukahatilah, aku malas nak lari . Ok , aku maafkan . Amal Islami : Tak tahu langsung nak masuk acara apa. Tapi tahun ni Alhamdulillah masuk acara debat Bahasa Melayu tapi kalah ler~ takde pengalaman lagi kate ko.. Hari Terbuka ? hmm faham-faham je lah norma kehidupan seorang pelajar~ Apa-apa pun , sekolah dah beri banyak kenangan manis buat SAYA :') Tsk tsk.
2- SUKAN
Seperti yang korang semua tahu , aku pun ada gak bersukan ni~ hehe ( puh-lease jangan pandang ku sebelah mata) Tahun ni , selepas 6 tahun mempelajari Taekwondo , pada awal bulan 12 ni aku dah terima dah BlackBelt (1st poom) tapi disebabkan SAYA punya umur tak cukup lagi, dapat talipinggang merah hitam. Tapi kira blackbelt jugalah~ phew .

Terima kasih Sir Shan ,Teacher Sue, Teacher Janice kerana :

1. Layan perangai SAYA yang suka berlakonsakit perut bila disuruh berlari satu dewan untuk
panaskan badan . Sir pernah kata : " kau ni pandai betul barlakon, macam P.Ramlee"
2.Faham sikap panas baran SAYA .
3. Encourage SAYA masuk tournament ini , tournament itu . ~padahal SAYA sentiasa kalah
sebelum berjuang ~ pernah SAYA menangis luar gelanggang sebelum dipanggil pengadil . (masa tu opponent merupakan wakil dari Kelantan , dorang suka main tomoi , LOL)
Sungguh, dah menangis puas puas , hati rasa senang . Dapat jugak SAYA bagi chopping kick
dekat muka lawan tu . PUAS !
4. kerana mengajar erti sabar dan 1Malaysia ~

kepada group DYNAMIC SHAN TAEKWONDO :
Terima kasih sebab dah jadi sebahagian daripada hidup SAYA . Korang semua memang sporting, trendy.. eh? hahaha abaikan trendy tuh~
Adik adik junior :
kita tahu korang memang baik hati dan cute gilos . Selalu kena puji , yang tak bestnya kitorang yang senior ni kena keji , wahahaha~ korang ni... nak kena betul lah !*dah bertukar menjadi pendera bersiri* kepada sesiapa yang pernah SAYA marah dulu , lebih-lebih lagi JOHN , ketahuilah SAYA bersuara demi semua orang . Ubahlah sikap kau yang suka menyakitkan hati orang . Sesungguhnya, biarlah peristiwa tu menjadi pengajaran buat kau .
Abang/Kakak senior termasuk kawan baik den , Neethiya dan Allysa :
3words : KORANG MEMANG TERBAIK !


p/s : sampai sini je part 1 . Sebab banyak lagi kenangan/penyesalan/pengajaran/wasiat yang nak aku ceritakan :)




Sekarang musim banjir kan..
Tuesday, November 29, 2011 | 1:45 AM | 0 comments



~السلام عليكم~
Hoit . Sekarang ni hujan je kan . Bersyukur je la dapat huj
an daripada memanjang je dapat sinaran matahari . ( eceh , selalu merungut gak bila mam
a suruh angkat baju dari ampaian sebab takut hujan turun

jap lagi ) hmm ~ cer tengok gambar ni

Banjir besar Kilang Honda di Thailand.

Semua kereta berlumpur
Ish ish ish
dari atas nampak lain kan ?

Kulit =.=
| 1:25 AM | 0 comments
~السلام عليكم~
yo yo yo hehe dah lama dah aku privatekan blog ni . Nak renovate le katekan~ disebabkan aku dah rasa malas nak buat header sendiri (eleh bukan ada orang puji pun~ sori gurau je) aku gunalah blogskin . Ia mudah , cepat dan cantik~ hahaha * gelak sambil naikkan mata keatas* meh aku bagi bukti kenapa ia mudah cepat dan cantik ~

1st : Cepat
yelah kalau korang ni dalam golongan yang sibuk , -alah macam aku ni - tapi masih nak blogging , blogskin ni mempercepatkan urusan korang kalau nak ubahsuai blog ke hape ke -yelah kalau orang yang mudah fedap macam aku ni-Gunalah blogskin, ia mempercepatkan kerja anda :)

2nd : Mudah
Mudah adalah satu benda yang tak susah . Ada faham ? Senang cerita , Mudah lawannya susah . Kerja korang kalau guna blogskin ini hanya main kod . Senang cerita tapi korang jangan la tukar credit tu . kecik hati orang yang siapkan kulit blog ni . huhuhu ~

3rd : Cantik
Kebanyakan blogskin yang ada semuanya cantikcantik belaka . Hehehe masa pilih tu rambang mato den . Macam pilih calon suami~ hahahaha :D

SO , ANY OBJECTION ? Angkat kening masingmasing .
Vader nak kertas warna . Please Ayah =_=
Thursday, October 6, 2011 | 1:31 AM | 0 comments


~السلام عليكم~
Hai dan selamat bertemu kembali . hehe zaman sekarang ni parody menjadi-jadi kankankan ? Heh , menjadi-jadi pun aku tetap setia tengok jugak . Bukan apa , rasa kelakar pulak bila kita dah tengok yang asli punya , and tetiba ada orang plak create lagi satu versi video/lagu/movie tu .

> enjoy your watching < Sebut saya suka parody kuat-kuat ( sori kalau ada kemahuan mahu menghentak aku kat meja) baibaibaibaibai ^^
Video berkesan untuk proses pembelajaran .
Tuesday, October 4, 2011 | 3:26 AM | 1 comments
~السلام عليكم~

Dah lama kan tak update blog ni kankankan ? Entah kenapa rasa rajin pulak nak update siap renovate blog pulak tu ='= < berkerutsepertisembelit Mwehehehe ye lah kan diberi kesempatan cuti ni kan . haha aku taknak lah jadi kacang melupakan kulit . Ish kesian Kacang bogel akibat tersilap letak baju .

Thanks ah form 3ians sebab beri kitorang form one dan form two cuti sebab korang periksa besar kan . Haha ~ *aku suka sebab dapat tidur lewat* Tapi cuti cuti pun takkan nak tinggalkan buku macam tu je , aduhai . Menangis tak berlagulah buku tu malam malam . Okay sesiapa yang rasa sangat malas nak baca buku yang nyata tu , boleh guna inisiatif yang sememangnya aku ikut .

Buka TV atau nama saitifiknya televisyenastoro < tv yang ada Astro

okay step two tekan nombor 601 jika anda bakal mengambil UPSR tahun hadapan .
Tekan 602 jika anda bakal mengambil PMR tahun hadapan dan 603 jika anda bakal mengambil SPM tahun hadapan .

ikut je tips yang disiarkan :) Insya-Allah berjaya .

Haha aku jumpa satu video yang menarik untuk aku kongsikan untuk korang :) tekan >sini< Khas untuk Form2 yang favourite subjectnya adalah Sains . Kreatif haha . Iras dengan Annoying orange . hehe lagu pun macam dah nak sama macam lagu Bebeh Justin Bibir yang gigi dia comel tu . Ingat ! tiada alasan untuk orang yang mahu berjaya :)

okay baibai ^-^V




Fesbuk buat aku bengong .
Saturday, July 23, 2011 | 8:49 AM | 2 comments

~السلام عليكم~

Haiii . kabare semua ? waras ke tak ni? okayokay aku bukan orang jawa . Makan mi jawa eh sedap jugak . ok la , dah lama jugak tak buat entry baru kan . bhahahaha ~ FYI , Ujian prestasi baru berakhir . ngahngah termengahmengah le aku baca buku . Peperiksaan Pertengahan Tahun aka PPT result 'agak tak memuaskan' atas sebabmusabab yang tak berapa nak masuk akal bagi aku. So , study smart campur hard jugak la ( amenda study smart ? esok peksa hari ni baru baca buku ) ok dinasihatkan jangan jadi macam saya :3 ditegaskan disini bahawa STUDY SMART . Sila abaikan study hard bagi BUdakbudak bawah umur 13 tahun ke atas . terima kasih .

Dah habis UP2 ni , apa lagi . rembat mouse lah . unlain (online) fesbuk . Hmm .. aku rasakan ada benda yang lain macam je ni . hahaha ~ demm . Chatbox fesbuk sudah jadi begini :


Kau tengok tu . Ada sampai hari tu aku chat dengan sorang minah ni . aku tunggu punya tunggu . Aik . tak jawab jawab pulak . Aisehmen . ruparupanya tak online daa . kekeliruan berlaku apabila nama dia disertakan sekali dalam kotak biru tersebut . ngahaha . tetapi jangan bimbang . masalah ini boleh diselesaikan . Tappi temporary je kot . Alasan hilang rindu . ngehngeh .
tekan je link bawah ni(make sure on fesbuk anda ye)


Insya-Allah berjaya ! >.<(Y)

.
.
.
.
.
.

Taraaaa !
*okay aku lupa perkataan berjaya dalam bahasa korea*

Berjaya-seyo ! baibaibai . sambil melambailambai gaya ShinChan :D
formspring.me
Wednesday, June 8, 2011 | 6:52 PM | 0 comments
Ask me anything. Don't just sit there :) http://formspring.me/AinEmika

Older Post
ELLO ELLO !
Yo buddy . Im PMR 2012's victim (Y)


Signboard ~~

Owner Tales


Walkie Talkie

Shoutbox


Big Thanks
Skin By Cikin
Edited By Ain Emira
Welcome to my secret garden ! Follow me? | Dashboard
_________________________ I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys