My Secret Garden
~Sayonara 2011 ~ ( PART 1 )
Monday, December 26, 2011 | 7:36 PM | 0 comments
Baibai ^^


~السلام عليكم~
Hmm.. dah nak sampai dah penghujung tahun . Wahaha itu maknanya dah nak kembali ke sekolah balik. Heh , suka ada tak suka pun ada. Pepun, hidup mesti diteruskan ! (wah semangat tak?) hmm SAYA akan merindui tahun 2011 sebab lebih banyak kenangan manis daripada yang masam masin . SAYA gembira ! hohoho (buat gaya eksyenkamen) Okay lah kat sini SAYA nak ceritakan macammacam kenangan pahit manis masin masam tawar kelat ah semualah !

1 - SEKOLAH
Tahun 2011 SAYA dapat masuk kelas 2 Ibnu Kathir . mulamula memanglah rasa kechiwa dan menyesal ( menyesel gue ,menyesel ! ) Aih, masa tu lah asyik : WHY WHY WHY ? oh bila dah lama sikit, okaylah COOL ! Bebudak kelas SAYA pun ok je, takdelah yang kanibal. Bahahaha ~ Tapi yang paling SAYA tak suka acara tahunan : Merentas desa , Amal Islami dengan Hari Terbuka ( sign reportcard). Pergh SAYA paling alah dengan 3 benda ni . Hewhew :P Kalau merentas desa , kat garisan mula tu punyalah kata "Nanti kita lari sama-sama" Lepastu pengakhirannya amatlah mengecewakan. Haih~sukahatilah, aku malas nak lari . Ok , aku maafkan . Amal Islami : Tak tahu langsung nak masuk acara apa. Tapi tahun ni Alhamdulillah masuk acara debat Bahasa Melayu tapi kalah ler~ takde pengalaman lagi kate ko.. Hari Terbuka ? hmm faham-faham je lah norma kehidupan seorang pelajar~ Apa-apa pun , sekolah dah beri banyak kenangan manis buat SAYA :') Tsk tsk.
2- SUKAN
Seperti yang korang semua tahu , aku pun ada gak bersukan ni~ hehe ( puh-lease jangan pandang ku sebelah mata) Tahun ni , selepas 6 tahun mempelajari Taekwondo , pada awal bulan 12 ni aku dah terima dah BlackBelt (1st poom) tapi disebabkan SAYA punya umur tak cukup lagi, dapat talipinggang merah hitam. Tapi kira blackbelt jugalah~ phew .

Terima kasih Sir Shan ,Teacher Sue, Teacher Janice kerana :

1. Layan perangai SAYA yang suka berlakonsakit perut bila disuruh berlari satu dewan untuk
panaskan badan . Sir pernah kata : " kau ni pandai betul barlakon, macam P.Ramlee"
2.Faham sikap panas baran SAYA .
3. Encourage SAYA masuk tournament ini , tournament itu . ~padahal SAYA sentiasa kalah
sebelum berjuang ~ pernah SAYA menangis luar gelanggang sebelum dipanggil pengadil . (masa tu opponent merupakan wakil dari Kelantan , dorang suka main tomoi , LOL)
Sungguh, dah menangis puas puas , hati rasa senang . Dapat jugak SAYA bagi chopping kick
dekat muka lawan tu . PUAS !
4. kerana mengajar erti sabar dan 1Malaysia ~

kepada group DYNAMIC SHAN TAEKWONDO :
Terima kasih sebab dah jadi sebahagian daripada hidup SAYA . Korang semua memang sporting, trendy.. eh? hahaha abaikan trendy tuh~
Adik adik junior :
kita tahu korang memang baik hati dan cute gilos . Selalu kena puji , yang tak bestnya kitorang yang senior ni kena keji , wahahaha~ korang ni... nak kena betul lah !*dah bertukar menjadi pendera bersiri* kepada sesiapa yang pernah SAYA marah dulu , lebih-lebih lagi JOHN , ketahuilah SAYA bersuara demi semua orang . Ubahlah sikap kau yang suka menyakitkan hati orang . Sesungguhnya, biarlah peristiwa tu menjadi pengajaran buat kau .
Abang/Kakak senior termasuk kawan baik den , Neethiya dan Allysa :
3words : KORANG MEMANG TERBAIK !


p/s : sampai sini je part 1 . Sebab banyak lagi kenangan/penyesalan/pengajaran/wasiat yang nak aku ceritakan :)





Older Post
ELLO ELLO !
Yo buddy . Im PMR 2012's victim (Y)


Signboard ~~

Owner Tales


Walkie Talkie

Shoutbox


Big Thanks
Skin By Cikin
Edited By Ain Emira
Welcome to my secret garden ! Follow me? | Dashboard
_________________________ I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys