My Secret Garden
Buku Oh Buku
Saturday, January 29, 2011 | 3:41 AM | 1 comments
~السلام عليكم~
hoho ~ baru saja balik dari Karnival Karangkraf . Sumpah best gilaa . Haa~ betulla cakap nenek aku , sape tak datang meme lo rugi (memang le rugi ) haha , tapi kan , bila ada karnival Karangkraf je , hujan . Bila hujan je , ada karnival . Haha , memang ramai gila lah yang dtg tadi . Walaupun masa aku datang tu , lagi sejam je nak habis . Pergh , memang padat lah . Bagus2 , ramai minat membaca . Balik nanti tulis dalam buku nilam tau kakak semua ! hehe~

Lepas tu , aku nampak ada Khairul Mentor ke sape entah ada kat situ . Ahh , tak kesah !

Haha , mula-mula nenek aku belek2 majalah Wanita , and then dapat hadiah shawl plak . Bukannya satu , bagi tiga sekali !Tapi kena beli lebih daripada 10 hengget la kawan kawan . haha~ lepas tu pergi booth alaf 21 . Ha , lagi la sendat . Rambu ramba mata den tengok . Ciss , tetiba plak makcik aku baik hati mau kasi aku belanja . Wahhhh , mana boleh lepaskan ! Nenek aku terus belek buku masakan . Aku pun join la sekali kan .

Jengjengjeng . Nasib baik jumpa buku masakan ala gerai gitu . Huahua , memang aku tension gila bila tengok adik aku makan kat kedai dia kata sedap . Orang kat rumah ni , masak punya la sedap , dia kata tak sedap ? Woi , gila ke hape? Takpe2 , nanti aku cuba . tunggu kau !

Erm , and then , pergi la merayap jap kan . Jumpa lah plak buku Semenjak Kau Datang .

Meme lo menarik . Cantik menarik tertarik kau memang debom . Haha .

Sinopsis :

Hermawan , pemuda yang berasal dari Pulau Lombok , Indonesia telah berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan . Dia dan rakan baiknya , Agussalim telah bekerja di sebuah tapak pembinaan .

Pak Hashim dan Mak Jah telah membuka gerai makn tidak jauh dari tapak pembinaan itu . Ramailah pekerja –pekerja asing datang makan di gerai itu termasuklah Hermawan dan Agussalim . Anak Pak Hashim , Syahwati selalu membantu orang tuanya di gerai itu .

Namun tanpa diketahui Syahwati , Hermawan telah memasang niat intuk memperisterikan anak Pak Hashim walaupun gadis itu masih menunggu keputusan SPM . Hari –hari Hermawan menabur janji –janji manis pada gadis itu sehinggakan Syahwati akur akan pemuda itu .

Percintaan mereka tidak direstui orang tua Syahwati . Hermawan tertekan . Hermawan melarikan Syahwati secara haram .Jerat cinta jejaka Pulau Lombok membuatkan Syahwati sanggup derhaka kepada ibu bapanya.

Masuk Indonesia tanpa pasport.

Bahagiakah dia sepanjang hayat ?

Ha~ penat gila tulis sinopsis ni . hehe , Aha , lepas tu , aku ada beli buku Wanita Status Sosial dan Undang Undang Islam . Semoga aku mendapat hidayah bila baca buku ni . Ha, sape nak pinjam , meh la . Mari sama-sama kita berubah . Yelah , dapat hidayah la katakan .Alhamdulillah , dapat jugak balik tepat pukul 6.50 petang . Amacam , laju tak makcik aku bawak kereta ? tu nasib baik tak drift masa bulatan tu . Ok la , sampai sini je la aku mampu meraban malam ni .


Terima Kasih daun keladi , lain kali baca lagi ok !

Older Post | Newer Post
ELLO ELLO !
Yo buddy . Im PMR 2012's victim (Y)


Signboard ~~

Owner Tales


Walkie Talkie

Shoutbox


Big Thanks
Skin By Cikin
Edited By Ain Emira
Welcome to my secret garden ! Follow me? | Dashboard
_________________________ I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys